Tarikh: 24 November 2012 (Sabtu)
Masa: Bermula jam 7.00 pagi
Aktiviti gotong-royong ini adalah anjuran bersama Rukun Tetangga Fasa 2C, TAM dengan Kelab Sosial TAM. Walaupun dalam cuaca hujan renyai pada waktu pagi, tetapi aktiviti dapat dilaksanakan pada jam 8.00 pagi setelah cuaca semakin baik. Terima kasih kepada penghuni-penghuni kawasan fasa 2C seksyen 28, Taman Alam Megah yang hadir dalam menjayakan aktiviti ini. Kerjasama yang diberikan merupakan satu sokongan yang memotivasikan barisan ahli jawatankuasa untuk terus menjalankan amanah yang diberikan demi kesejahteraan dan keharmonian penduduk. Pihak MBSA juga telah memberi kerjasama dengan menyediakan khemah, peralatan gotong-royong dan lori memungut sampah untuk melancarkan aktiviti ini.
 |
Makanan dan minuman disediakan. |
 |
Borang kehadiran dan maklumat penghuni disediakan. |
 |
Peralatan gotong-royong. |
|
|
|
|
 |
Cuaca pagi; hujan renyai. Pengerusi menunggu ketibaan penghuni yang lain... |
 |
Kehadiran kian bertambah... |
|
|
|
|
 |
Ucapan aluan Pengerusi Rukun Tetangga. |
 |
Taklimat gotong-royong. |
 |
Penduduk Fasa 2C Taman Alam Megah yang hadir |
|
|
|
|
|
|
|
Aktiviti gotong-royong dimulakan dengan kawasan padang/taman permainan dan diikuti dengan setiap lorong perumahan yang terlibat. Nampaknya, penglibatan semua lapisan umur dan tidak mengira bangsa dapat dilihat dalam aktiviti ini. Pemglibatan yang hadir pada hari ini adalah secara sukarela dan dengan rasa tanggungjawab bersama-sama membersihkan kawasan kediaman. Semangat kejiranan sebegini amat membanggakan dan diharap semangat ini dapat diteruskan.
Gotong-royong dimulakan di kawasan padang/taman permainan.
Gotong-royong di kawasan lorong-lorong perumahan.
Cantekkkkk.....
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDelete